Tuesday, October 04, 2005

Pulangkan...

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.. Salam Ramadhan.. Sedikit ole2 dari ana yang fakir ini .. buat juadah rohani kita.. pada bulan Ramdhan..
Sahabat sekalian..,
Kita tidak punya hakuntuk menghukum apa yang terjadi dan mengatur kehidupan kita mengikut apa yang kita suka.. semuanya telah Allah tetapkan rezeki kita, umur, jodoh, keadaan sakit dan sebagainya pada usia kita 120hari di dalam rahim ibu kita..Oleh itu, janganlah kita seringkali meragui apa yang berlaku di setiap detik yang pahit. semua suratan takdir adalah yang terbaik buat kita..samada kita sedar ataupun tidak akan hikmah disebalik musibah. setiap yang datang, pasti akan kembali kepada yang hak nya..

Bagaimanakah mahu mengikat hati kita kepada ALLAH disamping mendapat kejayaan di dunia dan di Akhirat?
Lihatlah siapa teman kita.. siapa tetangga kita.. siapakah yang serignkali berada di sekeliling kita.. jika teman2 kita itu yang membawa kepada agama Allah, yg sering mengajak kita kepada ibadah dan menunut ilmu.. itu lah yg baik agar kita tidak lalai.. kalau teman2 kita itu yan gsuka ke majlis2 keramaian, dan bercakap perkara lagha.. pasti kita mudah lalai dari mengingati ALLAH..

Sentiasalah menambah ilmu pengetahuan dalam sejarah pejuang2 dan serikandi Islam dan jadikan idola anda.. cuba ambil pengajaran tentang kisah2 lalu agar kadi pedoman anda..

Lihatlah kejadian alam yang Allah jadikan ini.. dengan aturan yang sama rata dan mengikut qadar yang Allah tentukan..ikan2 yang fitrahnya berenang di dlm air, burung2 yang punyai kepak untuk terbang di udara.. ayam pulak, badannye besar sket.. ade kepak tp tak bleh terbang.. cuba kita renung. kalu ayam2 semua bleh terbang.. tak ke pelik gitu.. indahnya alam buana ini..:)

Sentiasalah bersifat cintakan ilmu ALLAH.. sentiasalah ambil peluang untuk menuntut ilmu..ilmu di sini ana maksudkan makanan rohani kita.. tuntut lah ilmu agama.. sahabat2 sekalian, lagi kita menuntut ilmu agama, lagi banyak yang kita tak tahu..rebut lah peluang lapangmu untuk ilmu yang akan menjaga kita agar berjaya di dunia dan di akhirat.. jagalah harta mu dengan ilmu agar harta benda itu tidak akan memakan dirimu sendiri..



*Sedekah Al-Fatihah kepada ibu bapa dan guru kita.. Jangan tunggu mereka dah takde baru nak sedekah..
*Sekali-sekala call mak ayah...dah besar panjang ni, adalah menjadi tanggungjawab kita pulak bertanya khabar supaya mereka berasa dihargai.. Jangan duk leka dengan urusan sendiri sampai lupa mak ayah kat kampung..
*Kirim kad raya pada mereka supaya mereka juga rasa dihargai..

sekian buat masa ini bertemu kembali jika ada umur yang panjang..:)

wassalam..alfaqirah ilallah

No comments: